Monday 22 October 2012

KELANTAN JUARA TREBLE 2012

Pada tanggal 20 Oktober 2012, segala penat lelah dan kesungguhan semua pemain TRW dan pengurusan KAFA serta kesetian penyokong TRW telah berbolai apabila pasukan bola sepak yang diberi nama jolokan the red warriors telah melakar sejarah baru negeri kelantan dengan memenangi kejuaran treble 2012 iaitu piala malaysia.Paling manis lagi kemenangan ini dijulang dihadapan lebih 60,000 penyokong setia the red warriors.

Saturday 20 October 2012

the art of the GO MORE

sokongan yang tidak berbelah bagi dari seluruh rakyat kelantan

Permainan bola sepak merupakan salah satu permainan sukan yang mempunyai seni yang tersendiri. Bola sepak boleh mempengaruhi emosi dan kehidupan seseorang itu. Bola sepak dapat menyatukan semua rakyat di dunia ini melalui semangat kesukanan yang tinggi diatas mahupun diluar padang.Bola sepak boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dikalangan rakyat sesebuah negeri mahupun negara tidak mengira fahaman politik,warna kulit,pangkat,taraf hidup serta agama. Di Negara eropah dan luar daripada Malaysia, bola sepak dipuja oleh sebilangan orang kerana beberapa sebab sebagai contohnya di Negara benua Amerika Selatan, bola sepak seumpana agama kepada mereka.Rakyat mereka begitu taksub dan fanatik terhadap bola sepak. Dunia bola sepak juga boleh menjana ekonomi sesebuah negara seperti di liga-liga eropah yang besar contohnya BPL,La Liga, Serie A. Pendapatan sesebuah kelab bola sepak mereka seumpana pendapatan sebuah negeri di Malaysia. Sikap Profesional pengurusan serta pemain itu sendiri telah menyebabkan sukan ini disukai dan digemari oleh manusia di pelusuk dunia. Berbalik kepada industri bola sepak Malaysia pula, satu revolusi dalam sukan ini telah berlaku di negeri 'tanah serendah sekebun bunga; iaitu Kelantan.