Wednesday 23 January 2013

AKSI HAMBAR THE RED WARRIORS

CABARAN BESAR MENANTI THE RED WARRIORS

 

 
penyokongtrw1
 
Badi seri yang terus menghantui percaturan skuad Bojan Hodak mula menimbulkan krisis kesetiaan dan keyakinan penyokong The Red Warriors. Disaat pasukan lain sudah berpesta gol menemui rentak kemenangan bersama barisan pemain tempatan mahupun pemain import, Kelantan masih gagal menemui ramuan terbaik daripada pemain tempatan dan import 2013 mereka.
Dimanakah silapnya menjadi satu cabaran besar kepada Bojan Hodak menyelesaikan kemelut yang melanda ini. Tugasan berat menanti Bojan Hodak apabila ramai pihak KAFA dan penyokong menyalahkan beliau dalam isu pemilihan Keita Mandjou. Jika dilihat dalam kesemua perlawanan persahabatan pra musim, Keita Mandjou dilihat lebih menonjol dalam mencipta gol dan tidak salahlah Bojan Hodak memilih pemain ini sebagai pilihan pemain import yang dimasukkan dalam Liga Super 2013 dan diluar jangkaannya melihat prestasi semasa Keita sekarang. Adakah Bojan Hodak akan dijadikan "kambing hitam" untuk meletakkan setiap kegagalan kepadanya juga tidak mustahil akan dilakukan kerana M Karathu dan Peter Butler pernah menerima nasib yang sama.
Ramai peminat bolasepak Kelantan meramal Dimi Petratos lebih layak mengisi tempat Keita Mandjou, namun semuanya sudah terlambat kerana pasukan The Red Warriors hanya boleh menukarkan status pemain pada bulan april nanti iaitu sebaik sahaja pusingan kedua Liga Super bermula. Oleh itu dengan berbaki 6 lagi perlawanan pusingan pertama Liga Super, Kelantan harus cepat mencipta aura kebangkitan jika masih mengharapkan piala Liga Super kekal di bumi Kelantan. Itu pun jika terbukti Dimi Petratos masih kekal bersama Kelantan dan mampu menjadi pencetak gol-gol Kelantan dalam setiap perlawanan pusingan kedua nanti.
Kehadiran Zairo Anuar Zailani (Posisi Tengah) , Mohd Faiz Subri (Posisi Tengah) dan Haris Safwan Mohd Kamal (Posisi serangan) sebagai pemain tempatan baru dalam skuad The Red Warriors masih belum menampakkan kecemerlangan meskipun pemain-pemain ini pernah menyinar dan membantu bekas pasukan mereka tahun lalu.
Hanya peningkatan mendadak prestasi Nik Shahrul Azim sehingga membuka mata K Rajagopal dilihat satu perkembangan menarik musim ini, Obinna, Daudsu, Piya, Norfarhan, Indra Putra dan Shakir Shaari masih menjadi pemain-pemain yang sentiasa konsisten dalam setiap penampilan mereka. Barisan pertahanan yang dibarisi Nik Shahrul Azim, Obinna dan Daudsu antara pilihan pemain paling mantap setakat ini.
Kemarau gol yang melanda dua perlawanan lepas mula membuat Presiden KAFA tidak tenang dengan kritikan panas terus ke laman Facebooknya, namun harapan kepada semua penyokong menjaga tutur kata dan penulisan jika benar anda ingin mengkritik, mengkritiklah dengan berhemah dan menghormati Tan Sri Annuar Musa sebagai bapa tranformasi bolasepak Kelantan dan elakkanlah dari mencaci pemain dan pihak KAFA.
Dalam keadaan ini, setiap kritikan dan sokongan amat bernilai kepada pasukan untuk membina sebuah pasukan yang mantap pada tahun 2013 ini. Kita harus faham setiap manusia mempunyai cara yang berbeza menunjukkan kasih sayang mereka kepada pasukan, dalam konteks bolasepak mengkritik tidak semestinya membenci kerana setiap kritikan menunjukkan sikap prihatin mereka memerhati setiap perlawanan dan jika dihati anda teguh menyokong tanpa rasa ingin mengkritik, kekalkan sifat ini kerana pasukan yang terbaik lahir dari sikap prihatin seluruh penyokong mereka samada melalui kritikan atau pujian selagi mana anda semua masih menyayangi pasukan The Red Warriors ini.
Pedulikan apa yang ingin dikatakan oleh penyokong lain terhadap pasukan kita, apa yang penting kita bersatu hati menghadapi cabaran ini dengan keyakinan dan kesetiaan, inilah saat-saat sebuah pasukan memerlukan sokongan padu dari segenap lapisan penyokong mereka. Selepas 5 perlawanan, tempo Kelantan tidak seteruklah tempo permainan Terengganu dan Negeri Sembilan yang masing-masing menghuni dua tangga liga terbawah tetapi tempo kemenangan Pahang yang sudah meninggalkan 2 kemenangan dengan 12 mata berbanding 6 mata diperolehi Kelantan jika penilaian ini diambilkira dan Kelantan ingin mengejarnya ianya cukup meresahkan ditambah lagi ATM dan Selangor dilihat pasukan yang konsisten sepanjang 5 perlawanan ini.
Pertemuan Selangor menentang Kelantan pada 15 febuari ini diharap mampu mengembalikan emosi dan semangat seluruh pemain dan penyokong Kelantan kerana sejak dua tahun lalu Shah Alam bukan lagi medan kebal Selangor. Namun jika dilihat prestasi semasa Selangor, Kelantan jangan ambil mudah perlawanan ini, persediaan rapi taktikal perlu dilakukan. Peluang untuk berehat dari saingan Piala FA yang bermula pada 25 januari ini harus diambil peluang sepenuhnya. Seluruh penyokong Kelantan diseru datang beramai-ramai memeriahkan perlawanan ini, diharap mampu membangkitkan kembali semangat pemain-pemain The Red Warriors untuk membuka selera gol di Shah Alam.
BANGKITLAH THE RED WARRIORS.....BANGKITLAH DENGAN SEMANGAT KENTAL SELURUH PEJUANG THE RED WARRIORS..............GOMO KELATE GOMO.... AYUH BANGKIT KITA BELUM LAGI TEWAS UNTUK DITANGISI......PANTANG THE RED WARRIORS MENGAKU KALAH SEBELUM TAMAT LIGA....GOMO KELATE GOMO
 
 

 

No comments:

Post a Comment