Wednesday 9 January 2013

SAVE GAZA










Serangan askar-askar Israel keatas saudara islam kita di bumi Palestine mestilah dikutuk dan hentikan dengan segera. Kita sebagai negara islam mestilah menyokong penuh segala tindakan yang dilakukan bagi membantu menyekat penindasan ini. Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa pihak yahudi ini tidak akan berhenti melakukan kekejaman terhadap bumi Palestine sehingga hari kiamat. Oleh itu marilah kita bersama-sama berdoa supaya bumi Palestine selamat dan tidak dihapuskan oleh laknatullah rejim yahudi.

serangan tentera israel keatas gaza
Apa yang mampu kita lakukan sekarang bagi membela nasib saudara islam kita disana. Fikirkanlah cara yang sesuai bagi kita membantu mereka.Kebanyakan negara akan melancarkan tabung bantuan kecemasan kepada mangsa yang cedera dan terkorban disana. Adakah tabung ini berbaloi dan berkesan?.mengapa PBB atau kuasa besar dunia seperti AS,France,Itali tidak menghalang serangan ini secara fizikal. Secara fizikal disini bermaksud, melakukan gencatan senjata terhadap Israel atau menghalang bekalan makanan atau melakukan sekatan ekonomi terhadap negara Israel. Dimanakah keadilan?. Jikalau negara-negara islam didunia ini berkerjasama dan bergabung senjata dan tenaga,rasanya kekejaman ini dapat di atasi.

Oleh itu,bangkitlah wahai pemimpin-pemimpin islam dan berjuanglah demi menyelamatkan bumi Palestine yang suci itu.




No comments:

Post a Comment