ISRAEL KERAH 16,000 TENTERA SIMPANAN SERANG PALESTIN
BAITULMUQADDIS -
Tentera Pertahanan Israel (IDF) dilihat mula mengerahkan kira-kira 16,000
anggota tentera simpanannya semalam sebagai persiapan untuk menyerang Genting
Gaza.
"Proses
memanggil anggota tentera telah pun dimulakan. Sebagai sebahagian daripada
Operasi Tiang Pertahanan, IDF akan mula merekrut 16,000 anggota simpanan,"
kata kementerian terbabit dalam satu tweet rasminya.
AFP
GAMBAR yang dirakam dari sempadan Israel menunjukkan api dan kepulan asap tebal keluar dari bangunan selepas tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Bandar Gaza semalam.
GAMBAR yang dirakam dari sempadan Israel menunjukkan api dan kepulan asap tebal keluar dari bangunan selepas tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas Bandar Gaza semalam.
Pada Khamis lalu,
Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak meluluskan proses untuk memanggil 30,000
tentera simpanan yang boleh dikerah bagi terlibat dalam operasi ketenteraan
pada bila-bila masa.
Langkah itu dibuat ketika Israel terus memberi tekanan ke atas pejuang Palestin yang dilihat bakal meningkatkan serangan roket kepada operasi ketenteraan darat selepas sebutir roket mengenai pantai tidak jauh dari Tel Aviv. Roket kedua pula meletup di bahagian selatan bandar tersebut.
AFP
IBU kepada kanak-kanak perempuan Palestin yang terbunuh, Hanen Tafesh ditenangkan oleh suami dan saudara-maranya sebelum mayat anaknya itu dikebumikan di Bandar Gaza. Serangan udara tentera Israel setakat ini telah membunuh sekurang-kurangnya 23 orang warga Palestin.

"Kami kini
dalam proses meningkatkan operasi ketenteraan. Menteri Pertahanan sudah memberi
kelulusan berdasarkan kepada permintaan tentera iaitu penambahan 30,000 anggota
lagi.
"Kami akan
mengenal pasti berapa ramai tentera yang perlu dipanggil. Ini bermakna kami
mempunyai semua pilihan," kata jurucakap ketua tentera Israel, Brigedier
Jeneral Yoav Mordechai kepada televisyen Israel, Channel 2.
AFP
ANGGOTA polis antirusuhan Israel menahan seorang lelaki Palestin dalam satu protes membantah operasi ketenteraan Israel ke atas Genting Gaza di di Gerbang Damsyik, Bandar Lama Baitulmuqaddis semalam.
ANGGOTA polis antirusuhan Israel menahan seorang lelaki Palestin dalam satu protes membantah operasi ketenteraan Israel ke atas Genting Gaza di di Gerbang Damsyik, Bandar Lama Baitulmuqaddis semalam.
Menteri Kanan
Kabinet Israel, Moshe Yaalon turut menyatakan bahawa pihaknya sedang menimbang
semua pilihan operasi ketenteraan. Ini termasuklah amaran akan menyerang Gaza
bagi menghentikan serangan roket pejuang Palestin.
Dalam perkembangan
berkaitan, seorang warga Palestin terbunuh dan seorang lagi cedera akibat
serangan udara Israel di bandar Khan Yunis semalam. "Ismail Qandil telah
mati syahid dan seorang lagi mengalami kecederaan," jelas kenyataan
perkhidmatan kecemasan Genting Gaza.
AP
SEKUMPULAN tentera simpanan Israel berkumpul di kem Mishmar Hanegev, selatan Israel semalam. Pihak berkuasa Israel pada Khamis telah meluluskan kerahan sehingga 30,000 tentera simpanan jika ia mahu menyerang Genting Gaza.

Jurucakap
perkhidmatan kecemasan Genting Gaza, Adham Abu Selmiya memberitahu, dua orang
penduduk Palestin telah meninggal dunia kerana cedera dalam serangan udara Israel
di bahagian utara wilayah tersebut.
Menurutnya, tiga
kematian pada Jumaat menyebabkan jumlah mangsa meningkat kepada 23 orang dengan
250 yang lain cedera.
Reuters
PASUKAN bomba Palestin bertungkus-lumus memadamkan kebakaran sebuah kilang yang terbakar selepas terkena bedilan roket tentera udara Israel semalam.
PASUKAN bomba Palestin bertungkus-lumus memadamkan kebakaran sebuah kilang yang terbakar selepas terkena bedilan roket tentera udara Israel semalam.
Sementara itu,
Presiden Mesir, Mohamed Mursi menyifatkan serangan Israel ke atas Genting Gaza
sebagai pencerobohan kejam terhadap kemanusiaan, sambil menegaskan Mesir tidak
akan membiarkan Gaza bersendirian.
Mursi membuat
kenyataan itu dalam satu khutbah Jumaat di sebuah masjid di tengah Kaherah,
lapor agensi berita Mena. Perdana Menteri Mesir, Hisham Kandil pulang
semalam mengadakan lawatan selama tiga ke Genting Gaza.
"Kaherah tidak
akan meninggalkan Gaza seorang diri. Mesir hari ini bukannya Mesir semalam.
Masyarakat Arab hari ini juga bukan masyarakat Arab seperti sebelum ini,"
tegas Mursi. - Agensi
No comments:
Post a Comment