CABARAN BESAR MENANTI THE RED WARRIORS | ||
|
Badi seri yang terus menghantui percaturan skuad
Bojan Hodak mula menimbulkan krisis kesetiaan dan keyakinan penyokong The Red
Warriors. Disaat pasukan lain sudah berpesta gol menemui rentak kemenangan
bersama barisan pemain tempatan mahupun pemain import, Kelantan masih gagal
menemui ramuan terbaik daripada pemain tempatan dan import 2013 mereka.
Dimanakah silapnya menjadi satu cabaran besar
kepada Bojan Hodak menyelesaikan kemelut yang melanda ini. Tugasan berat menanti
Bojan Hodak apabila ramai pihak KAFA dan penyokong menyalahkan beliau dalam isu
pemilihan Keita Mandjou. Jika dilihat dalam kesemua perlawanan persahabatan pra
musim, Keita Mandjou dilihat lebih menonjol dalam mencipta gol dan tidak
salahlah Bojan Hodak memilih pemain ini sebagai pilihan pemain import yang
dimasukkan dalam Liga Super 2013 dan diluar jangkaannya melihat prestasi semasa
Keita sekarang. Adakah Bojan Hodak akan dijadikan "kambing hitam" untuk
meletakkan setiap kegagalan kepadanya juga tidak mustahil akan dilakukan kerana
M Karathu dan Peter Butler pernah menerima nasib yang sama.
Ramai peminat bolasepak Kelantan meramal Dimi
Petratos lebih layak mengisi tempat Keita Mandjou, namun semuanya sudah
terlambat kerana pasukan The Red Warriors hanya boleh menukarkan status pemain
pada bulan april nanti iaitu sebaik sahaja pusingan kedua Liga Super bermula.
Oleh itu dengan berbaki 6 lagi perlawanan pusingan pertama Liga Super, Kelantan
harus cepat mencipta aura kebangkitan jika masih mengharapkan piala Liga Super
kekal di bumi Kelantan. Itu pun jika terbukti Dimi Petratos masih kekal bersama
Kelantan dan mampu menjadi pencetak gol-gol Kelantan dalam setiap perlawanan
pusingan kedua nanti.
Kehadiran Zairo Anuar Zailani (Posisi Tengah)
, Mohd Faiz Subri (Posisi Tengah) dan Haris Safwan Mohd Kamal (Posisi serangan)
sebagai pemain tempatan baru dalam skuad The Red Warriors masih belum
menampakkan kecemerlangan meskipun pemain-pemain ini pernah menyinar dan
membantu bekas pasukan mereka tahun lalu.
Hanya peningkatan mendadak prestasi Nik Shahrul
Azim sehingga membuka mata K Rajagopal dilihat satu perkembangan menarik musim
ini, Obinna, Daudsu, Piya, Norfarhan, Indra Putra dan Shakir Shaari masih
menjadi pemain-pemain yang sentiasa konsisten dalam setiap penampilan mereka.
Barisan pertahanan yang dibarisi Nik Shahrul Azim, Obinna dan Daudsu antara
pilihan pemain paling mantap setakat ini.
Kemarau gol yang melanda dua perlawanan lepas
mula membuat Presiden KAFA tidak tenang dengan kritikan panas terus ke laman
Facebooknya, namun harapan kepada semua penyokong menjaga tutur kata dan
penulisan jika benar anda ingin mengkritik, mengkritiklah dengan berhemah dan
menghormati Tan Sri Annuar Musa sebagai bapa tranformasi bolasepak Kelantan dan
elakkanlah dari mencaci pemain dan pihak KAFA.
Dalam keadaan ini, setiap kritikan dan sokongan
amat bernilai kepada pasukan untuk membina sebuah pasukan yang mantap pada tahun
2013 ini. Kita harus faham setiap manusia mempunyai cara yang berbeza
menunjukkan kasih sayang mereka kepada pasukan, dalam konteks bolasepak
mengkritik tidak semestinya membenci kerana setiap kritikan menunjukkan sikap
prihatin mereka memerhati setiap perlawanan dan jika dihati anda teguh menyokong
tanpa rasa ingin mengkritik, kekalkan sifat ini kerana pasukan yang terbaik
lahir dari sikap prihatin seluruh penyokong mereka samada melalui kritikan atau
pujian selagi mana anda semua masih menyayangi pasukan The Red Warriors ini.
Pedulikan apa yang ingin dikatakan oleh penyokong
lain terhadap pasukan kita, apa yang penting kita bersatu hati menghadapi
cabaran ini dengan keyakinan dan kesetiaan, inilah saat-saat sebuah pasukan
memerlukan sokongan padu dari segenap lapisan penyokong mereka. Selepas 5
perlawanan, tempo Kelantan tidak seteruklah tempo permainan Terengganu dan
Negeri Sembilan yang masing-masing menghuni dua tangga liga terbawah tetapi
tempo kemenangan Pahang yang sudah meninggalkan 2 kemenangan dengan 12 mata
berbanding 6 mata diperolehi Kelantan jika penilaian ini diambilkira dan
Kelantan ingin mengejarnya ianya cukup meresahkan ditambah lagi ATM dan Selangor
dilihat pasukan yang konsisten sepanjang 5 perlawanan ini.
Pertemuan Selangor menentang Kelantan pada 15
febuari ini diharap mampu mengembalikan emosi dan semangat seluruh pemain dan
penyokong Kelantan kerana sejak dua tahun lalu Shah Alam bukan lagi medan kebal
Selangor. Namun jika dilihat prestasi semasa Selangor, Kelantan jangan ambil
mudah perlawanan ini, persediaan rapi taktikal perlu dilakukan. Peluang untuk
berehat dari saingan Piala FA yang bermula pada 25 januari ini harus diambil
peluang sepenuhnya. Seluruh penyokong Kelantan diseru datang beramai-ramai
memeriahkan perlawanan ini, diharap mampu membangkitkan kembali semangat
pemain-pemain The Red Warriors untuk membuka selera gol di Shah Alam.
BANGKITLAH THE RED WARRIORS.....BANGKITLAH DENGAN
SEMANGAT KENTAL SELURUH PEJUANG THE RED WARRIORS..............GOMO KELATE
GOMO.... AYUH BANGKIT KITA BELUM LAGI TEWAS UNTUK DITANGISI......PANTANG THE RED
WARRIORS MENGAKU KALAH SEBELUM TAMAT LIGA....GOMO KELATE GOMO
|
No comments:
Post a Comment